SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 24, 2010

MAHU

MAHU
(New Sabah Times, 24.10.2010. hal.16)

Aku mahu membawa mu
ke dunia ku.

Aku mahu membelai mu
selembut bayu.

Aku mahu memeluk mu
setulus  rindu.

Aku mahu mendodoi mu
sebening  syahdu.

Aku mahu membuang lesu
di mata mu

Aku mahu membuang sayu
di wajah mu

Aku mahu menyayang mu
ayah ibu.

Aku mahu bersama mu
selalu.


HANAFIAH MZ

1 comment:

cikgu said...

Salam sejahtera buat admin dan pelawat serta pembaca SAM. Saya terjumpa blog ini sewaktu blogwalking dan bersyukur kepada Allah.

Sesungguhnya kenangan dan pengalaman saya semasa berkhidmat di SMK Kota Marudu pada tahun 1976 hingga 1980 masih tetap segar di dalam ingatan saya. Kota Marudu telah mengajar saya banyak perkara tentang berdikari.

Saya berharap melalui komen ini saya akan dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan lebih-lebih lagi anak murid saya di sekolah berkenaan sewaktu saya mengajar di sana.

Hubungan saya dengan Kota Marudu tidak putus walaupun saya sudah balik berkhidmat di Semenanjung kerana isteri saya dan dua orang anak saya adalah kelahiran Kota Marudu.

Salam buat kawan-kawan saya dan saya boleh dihubungi melalui email
zaharibb@gmail.blogspot.com
http://www.xperienceoflife.blogspot.com
http://www.catitanalamaya.blogspot.com
http://www.mykembara.blogspot.com
http://www.mysukan.blogspot.com