SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 13, 2010

PRO DAN KONTRA PENGGUNAAN MESIN ATM (CASH DEPOSIT MACHINE)

Hai semua salam sejahtera dan salam 1Malaysia, terima kasih kepada pihak SAM kerana sudi menjemput dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menyumbang atau berkongsi idea penulisan untuk blog SAM, buat pertama kalinya saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya berurusan di salah sebuah institusi kewangan (Bank) dan menggunakan kemudahan mesin mereka untuk memasukkan sejumlah wang, di jadikan cerita saya telah berjaya memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin tersebut tetapi tidak semua jumlah yang ingin saya masukkan (bank in) di terima oleh mesin tersebut walau pun wang / duit yang saya cuba masukkan itu masih baru dan tidak renyuk, jadi saya pun beralih ke kaunter untuk memasukkan wang yang selebihnya.

Sila ikuti perbualan tersebut di bawah :- Staff bank : kenapa?? saya tengok akaun ni ok saja tidak boleh kah masukkan wang ini di mesin lagi cepat. (sambil tekan keyboard) Saya : memang lah akaun tu tiada masalah. (dalam hati tertanya tanya so what?? salah kah saya guna khidmat kaunter) Staff bank : jadi kenapa tidak guna mesin saja? (tidak senyum pula tu buat muka tension adalah) Saya : puan sebenarnya saya baru sahaja dari mesin. (rasa geram pun ada) Staff bank : jadi apa masalah dia… mesin tu baru servis. (sambil key in kemasukkan wang) Saya : puan saya pun tidak mahu buang masa lama berurusan di bank. (rasa bengang pun ada) Staff bank : iya lah saya tahu… kami sebenarnya mahu galakkan orang awam guna mesin tersebut. (macam senyum sinis) Saya : puan itu saya tahu dan faham… tapi macam mana juga kalau bukan semua note (wang) tu di telan oleh mesin… tengoh lah wang ni bukan pun renyuk tapi masih di tendang oleh mesin… mahu tidak mahu kena datang kaunter lah. (tahan marah ni tapi tetap senyum… huhu) Staff bank : oh begitu… (terdiam terus) Saya : (dalam hati baru tahu kah… ? isshh musykil juga… ) Staff bank: terima kasih… (sambil bagi slip bank) Saya : sama sama… (senyum saja tapi dalam hati adesss bikin rosak mood bah tu staff) Setelah siap urusan di kaunter saya pun beredar dari bank tersebut dengan perasaan atau mood geram, sepatutnya pekerja bank itu tidak banyak soal dan patut melayan pelanggan dengan mesra.

Penggunaan mesin ATM di setiap institusi kewangan memang ada baik dan buruknya seperti mana yang saya alami, memang cepat dan senang dengan menggunakan mesin tersebut tetapi apabila wang yang kita cuba masukkan itu di tendang maka itu lah yang membuatkan kita terpaksa menggunakan khidmat kaunter dan kalau di fikir fikirkan ada lah lebih baik terus sahaja ke kaunter bukan kah begitu? Jimat masa dan tidak perlu buat dua kali kerja, dan saya percaya anda semua di luar sana juga pernah mengalami pengalaman seperti ini. Sekian sahaja dahulu perkongsian saya pada kali ini dan semoga jumpa di lain masa.

1 comment:

Anonymous said...

kadang2 ada juga pekerja yang bersikap acuh tak acuh dengan pelangan apabila berurusan. Sehinggakan kalau diturut hati yang marah dengan sikap tak acuh mereka mungkin membawa kepada pertangkaran.
Tapi janganlah pula kita sampai ke tahap tersebut, alamatnya nanti ada pula urusan yang tak selesai ikut jadual yang kita rancang hari tu. Terutama sekali KM ni. Giro bank pun sebuah saja tak banyak option lain. Kalau esok hari bertengkar nak bank in lain hari susah juga kena jumpa orang yang sama.
Eloknya pekerja tersebut harus menukar sikap kepada mesra pelanggan sebab MESRA adalah salah satu core value dalam semua jabatan sama ada dalam jabatan kerajaan atau swasta. Maksudnya bukan saja pekerja bank yang harus bersikap mesra tetapi di semua jabatan2 pun perlu. Barulah mesra alam namanya...
Berbalik kepada cerita bank ni ..bagi penguna bank in ATM yang masih baru, saya nasihatkan kena beringat2 dan pastikan wang anda telah diproses dan confirm masuk dalam akaun. Barulah anda beredar dari mesin tersebut. kalau tidak anda boleh kehilangan wang anda. Sebab kadang2 wang yang kita masukkan ke dalam mesin ATM tadi, tidak semuanya diterima terus oleh mesin. Mungkin separuh, mungkin juga semua jumlah wang anda akan keluarkan kembali secara automatic. DAN..katakan, kita yakin benar yang wang kita tadi telah diterima dan diproses.. tetapi sebaliknya tidak diterima oleh mesin tersebut dan anda pula sudah pergi meninggalkan mesin ATM. Kemudian orang lain membuat bank-in di ATM yang sama..wang anda masih disitu. Someone will take your Money. Jadi berhati2. Don't be careless.

:) Haeyzack