SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 10, 2010

Ruangan Penulis Tamu: ISTIMEWANYA SABAH

Oleh: Minda Guru Sabah
Saya telah menghadiri upacara perkahwinan seorang kawan di gereja St. Francis Xavier Keningau. Perkahwinan ini disempurnakan oleh Bishop Datuk Cornelius Piong. Kami sekeluarga pergi menghadirinya atas nama seorang kawan dan ingin turut bersama meraikannya, bukan apa sesuatu yang baik itu perlu dirai lagipun perkahwinan yang merupakan satu ikatan kudus yang hanya sekali seumur hidup mereka. Rupa-rupanya pada waktu itu terdapat dua pasangan yang berkahwin serentak. Ini menambahkan kemeriahannya, tetapi yang lebih istimewa ialah kehadiran kawan2 dan saudara-mara pengantin yang beragama lain khususnya dari kalangan yang Islam (saya tidak pasti kalau ada yang budha).
Ketika melihat, bercerita dan berinteraksi saya dapati bangsa Sabah benar-benar unik, istimewa dan ada kesepaduan. Semasa duduk dan menikmati acara tersebut, suara hati saya berbicara alangkah baiknya jika keikhlasan, kemurnian dan keterbukaan hati orang Sabah terus terpelihara. Walaupun mungkin kita berbeza dari segi agama, bahasa, dan kaum namun kita adalah saudara dan sahabat .Harapan kita agar persaudaraan dan persahabatan ini tetap utuh walaupun ada anasir2 luar yang cuba memporak-porandakannya.
Ya..saya benar-benar bersetuju bahawa Sabah ( juga Sarawak) adalah contoh negeri yang kukuh integrasi kaumnya. Seperti yang pernah kawan saya katakan (teman semasa di Universiti dulu), saudara maranya sendiri terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama, ada yang beragama Islam, Pagan , Kristian dan ada juga yang berkahwin dengan orang Cina atau India. Pendek kata Sabah sebenarnya sudah lama mempraktikkan Satu Malaysia dari segi perpaduan..Ya..saya cinta Sabah.

1 comment:

Anonymous said...

Sy pernah ke Philippine beberapa tahun yg lepas (Ikut teman). Masa tu menjelang Christmas, riasu juga sb spt yg kita sedia maklum jaminan keselamatan agak longar sb rusuhan dsb. Kerana kawan dan desakkan ingan melihat sendiri keadaan disana. Akhirnya sy kuatkan hati untuk ke sana juga.

Sesampainya sy disana, tempatnya yg cantik dan aman. Menurut teman, kekacauan hanya berlaku dibeberapa tempat sahaja.
Suasana malam berkelipan.. faham2 je la menjelang perayaan Christmas. Apa yang menjadi kebangaan dan respect sy kepada mereka ialah keluaraga teman ni Muslim tetapi mereka menyertai Christmas caroling (menyanyi dari rumah ke rumah) bersama2 dgn orang2 Kristian di sana yang mana perkara ni sy tak pernah nampak berlaku di Sabah. Di Semananjung lagi la tidak. Lalu sy bertanya kepada teman sy tentang hal ni. Teman menjawab:
"Jangan hairan,kami disini buat begitu setiap tahun..kami menghormati agama lain cuma kami tak ke gereja untuk sembahyang..kami juga ada keluarga dari kalangan kristian"

Wow! unik sangat. Macam keluarga sy diKM. Ramai keluarga sy yg Muslim di salimandut,Mosolog,Morion dan beberapa kg lain. Sy ni pula Kristian tapi setiap kali Hari Raya sy tetap berHari Raya dengan mereka...Perbezaan agama tak mampu memisahkan kita dari ikatan kekeluargaan.

Thanks for now..