SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 7, 2010

KENALI DAERAH ANDA: SIGUNTING

KENALI DAERAH ANDA: PEJUANG BANGSA – SIGUNTING
                                                                  SIGUNTING


Lelaki dusun yang bernama Sigunting tidak rela melihat bangsanya diperkotak-katik oleh penjajah yang secara terang-terangan menindas penduduk pribumi daerah ini kira-kira 100 tahun yang lalu. Penjajah secara melampau mengenakan pelbagai cukai yang bukan saja tidak masuk akal malahan tidak pernah diamalkan sebelum itu.

Beberapa cukai yang amat membebankan seperti cukai kepala, cukai tanam-tanaman dan cukai tanah dikenakan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan. Pengenalan cukai-cukai tersebut menyebabkan beban masyarakat ketika itu semakin bertambah. Sudahlah hidup mereka yang serba kekurangan ibarat kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ini ditambah lagi dengan  cukai yang membebankan.

Akibat pengenalan cukai tanah, masyarakat tempatan ditegah dari membuka tanah-tanah baru untuk tujuan pertanian yang sama sekali mengganggu amalan pertanian masyarakat Dusun ketika itu. Jika tidak dapat membuka tanah baru bermakna masyarakat Dusun dihalang mencari rezeki mengikut amalan pertanian mereka. Tiada tanah untuk dibuka maknanya tida makanan untuk bulan atau tahun berikutnya. Pastinya masyarakat Dusun akan mati kebuluran.

Sikap penjajah yang memeras masyarakat tempatan menimbulkan kemarahan Sigunting, seorang lelaki suku Dusun Mumus yang berasal dari Kampung Sorinsim di kaki Gunung Tambuyukan. Kemarahan beliau bertambah-tambah apabila mendengar bahawa seorang lelaki yang merupakan kakitangan penjajah dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang gadis Dusun di Kampung Timbang Batu tanpa mengikut adat istiadat nikah kahwin masyarakat Dusun ketika itu. Bagi masyarakat Dusun tindakan sedemikian merupakan suatu pencabulan yang mencemar kesucian adat istiadat yang diamalkan secara turun-temurun sejak nenek moyang dahulu kala lagi.

Kebiadapan penjajah menimbulkan kemarahan Sigunting. Beberapa siri serangan dilakukan oleh Sigunting untuk menghalau penjajah. Oleh kerana pasukan Sigunting bukanlah sebuah pasukan tentera yang serba lengkap, tindakannya tidak dapat melemahkan kekuasaan penjajah di daerah ini. Malahan selepas itu Sigunting pula yang menjadi buruan penjajah. Namun kelicikan dan kepintaran Sigunting menyebabkan penjajah tidak dapat menangkap beliau. Sehingga pihak penjajah mengambil keputusan untuk berdamai dengan Sigunting.

Sigunting yang sezaman dengan Paduka Mat Salleh kemudiannya menetap di Kampung Sorinsim, Marak Parak hingga ke akhir hayatnya.

Sumber: Peristiwa-peristiwa Berdarah di Sabah. DBP

3 comments:

SANGURU said...

Dulu-dulu: Marudu antara pengeluar pejuang misalnya sigunting, syarif Osman, kulindod. Dulu Marudu sangat disegani seantero Borneo Utara.

Sekarang?.....

srixon said...

sekarang semua pun di IMPORT! -:p

Anonymous said...

ada juga ba pejuang dikalangan kita sekarang ni tapi bentuk perjuanan tu tidak la dapat kita samakan dengan perjuangan masa si sigunting dan kulinod. Perjuangan dulu sangat fokus kepada satu matlamat perjuangan untuk mempertahankan hak and mengusir penjajah yg tidak berlaku adil ketika itu. Sekarang ni ianya agak berbeda. Perjuangan itu tidak pernah fokus kepada satu bentuk perjuangan tapi lebih fokus2 kpd bentuk perjuangan2 lain. Misalnya, pejuang memperjuangkan hak rakyat tetapi dalam masa yg sama juga memperjuangkan populariti, kekayaan
dan macam2 lagi. Itu sebabnya perjuangan tidak pernah selesai walau pun kita sudah merdeka. Apabila seseorang pejuang berjaya memiliki fokus2 lain (populariti dan harta) maka fokus perjuangan asal, mula dilupakan dan tidak lagi memikirkan hal rakyat. Jadi perjuangan itu bukan lagi untuk rakyat tetapi lebih kepada perjuangan harta bagi perseorangan.