SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, December 5, 2010

KITA 1 MALAYSIA MULIA BUDI BAHASA


KITA 1 MALAYSIA MULIA BUDI BAHASA
(Utusan Borneo, 05/12/2010.hal.B6)

Sejak dahulu perang dicanang
entah kalah entahkan menang
saudara sedarah  tiada tenang
bercakar sesama pagi dan petang.

Kata periuk, “ belanga hitam,
duduk di dapur siang dan malam
sudahlah hitam teramat legam
siapa memandang pasti pitam”.

Belanga bingkas cuba menentang,
“sehitam-hitam aku terus berjuang,
  berkhidmat kepada tuan seorang,
  walau seharian terus dipanggang,
  rela legam seperti arang”.

Periuk menyahut,
“Setakat api apa nak takut,
  akupun dipanggang sehingga semput,
  aku juga pejuang dan belum luput,
  apa tuan arah aku ikut,
  tanak nasi,rebus ubi aku turut.

“kalau aku dipanggang,engkaupun sama
  kalau aku hitam, engkau apa kurangnya”.
  kenapa perlu bertelagah sesama
  tugas kita serupa berkhidmat pada bangsa
  lagipun kita sedarah, saudara adanya,
  kita asyik berbalah,
  periuk letrik dah bermaharajalela”.
  Belanga hambur nasihat berguna.

Periuk terpingga-pingga
kata belanga ada benarnya
jika bergaduh tak sudah-sudah
si putih, periuk letrik pasti menyanyi
seantero dunia manusia menyanyangi.

Bagai terhantuk baru terngadah
periuk sedar silap dan salahnya
menghina sesama tiada faedah
menjatuhkan air muka sendiri sahaja
lagipun kita Satu Malaysia
bangsa bertamadun mulia budi bahasa
bangsa pemaaf penuh timbang rasa.

HANAFIAH MZ



1 comment:

kyro said...

Puisi yang sangat indah dan penuh bermakna...sangat sesuai dijadikan teks kajian puisi disekolah-sekolah.Saya ingat dulu almarhum bapa saya mendidik saya tentang erti hidup melalui puisi dan cerita-cerita penglipur lara...lebih mudah difahami dan dihayati.Syabas dan Tahniah.Teruskan berpuisi.