SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, January 31, 2011

Mangsa Banjir Terbela

TANDEK, KOTA MARUDU, ISNIN: Tinjauan di pusat-pusat pemindahan banjir mendapati mangsa-mangsa banjir mendapat pembelaan sewajarnya terutama dari aspek makan-minum dan kunjungan para pemimpin.








Mangsa-mangsa banjir hanya merungut tentang aspek sanitasi (tandas) dan kekurangan pakaian serta selimut. Ini mungkin disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri yang kurang persiapan ekoran kejadian banjir secara mengejut. Saya bagi pihak SAM yang berkesempatan bersua dengan para pemimpin setempat telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan di pusat-pusat pemindahan banjir. Mudah-mudahan mangsa-mangsa banjir lebih berpuas hati pada masa-masa akan datang.

Sunday, January 30, 2011

USAH MENANGIS



USAH MENANGIS
(Utusan Borneo, 23/01/2011)

Sudah-sudahlah bumi
usah menangis
awan mu kian merintih
curah menitis
sejuk panas silih berganti
resah meniti
kelak hujan membasahi  kami
langkah terkunci
jika bah datang lagi
menyulam rintih.

Sudah-sudahlah bumi
usah menangis
jika resah mu melewati
basahlah diri
sawah ladang digenangi
bukan sehari
kerbau kambing menjerit
sakit terhimpit
derita, penyakit
bukan sedikit.

Sudah-sudahlah bumi
usah menangis
tempias mu membasahi kami
tak mampu ditangkis
akan kami usul resolusi
aku janji
menjaga mu tulus dan suci
sepenuh hati.

Sudah-sudahlah bumi
usah menangis
hutan kami pulihara
tumbuh melata
pokok merimbun tinggi
gagah berseri
rimbun tenang redup
bumi ditutup
kera beruk girang
memanjat riang.

Sudah-sudahlah bumi
usah menangis
pantai kami hias
bakau berbaris
bukit kami litupi
pokok berdiri
sungai kami rawati
penuh teliti.

Sudah-sudahlah bumi
usah menangis.


HANAFIAH MZ
KOTA MARUDU

MARUDU BANJIR




KOTA MARUDU, SABAH: Hujan berlarutan hampir seminggu telah menyebabkan banjir di hampir keseluruhan kawasan rendah di daerah ini. Beberapa pusat pemindahan telah beroperasi untuk menampung mangsa-mangsa banjir. Operasi menyelamat dan memindahkan terus giat dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan. Setakat ini belum ada kemalangan nyawa dilaporkan namun banyak kerosakan meliputi tanam-tanaman. Diharap mangsa-mangsa yang terbabit mendapat pembelaan sewajarnya semasa dan selepas banjir sebagaimana yang dilakukan di negeri-negeri lain. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Tuesday, January 25, 2011

SEMANGAT


SEMANGAT
(New Sabah Times,23/01/2011)

Carik gebar kasih
bocor sana-sini
kau tampal
dengan baldu
budi
suci hati.

Lusuh  pekerti
karat tidak terperi
kau gilap kembali
kau sapu
aura suci
merunduk malu
noda benci
mengundur diri.

Rapuh tekad
sengal semangat
urat  tergeliat
malas kental liat
lalu
kau beri tongkat
keras cengal hebat
tiang sejagat
tekad menjadi bulat
kukuh muafakat
seluruh kerabat.

HANAFIAH MZ
SMK BADIN
TUARAN.



Tuesday, January 18, 2011

SEJATI







SEJATI
(New Sabah Times, 18/01/2011)

Sahabat sejati
sentiasa di sisi
duduk bersandar budi
berdiri tidak menyendiri
hati kuman sama cecah
daging sama dilapah
harum sama dijamah
busuk diurai bersama
jenaka sama tertawa
duka hiba berdua
berat sama dipikul
ringan sama dijinjing
tiada umpat cerita
menghindar tokok tambah
sehati sejiwa
menganyam cerita.


HANAFIAH MZ
TUARAN


Saturday, January 15, 2011

PANTUN KIMARAGANG 2

PANTUN KIMARAGANG 2 : 

Kiowit do gadur
Om duo manuk buruntik
Kodori raitan DOBUR
Tidino raitan Tandek.

Oraian mananom
Momoli do sangkul
Toon tolu nopodom onom
Waro no sikul.

Ralan kibutak
Sinunian do bongkol
Ogumu tanganak
Mongoi sumikul

Osopung mongintopod
Mongoi papasang walatik
Toon turu nopod
Walu no kadai Tandek

Koh Chin Siong Kapitan
Kotua Kokinaan
momogun sama awantang
Otualak om obintabang.

Agayo kapal nokorikot
Paatod dot linopot
Lantop pinasangan bondira
Pituwongon mawaya.

Darun asapou sinumondot
Liyud tagayo  nokorikot
Gama ka dakag di Unsaki
norolob tongo torigi.

Sominggu ot lampai
Nosingkop sid rinantai
Kiawi sid suwang  walai
Aso no ramai-ramai.

Noputut jambatan rakit
Notuan ot kurimbang
Bangkar po sakaan mapit
Tumupak dilo bawang.

Pialatan Tandek Beliajung
kabun pulut gisom saralom
Tulun arangui todung
Sanganu do  tinanom.

Pisou atarom
Pomigis dot sada
Pulut ot tinanom
Sid kabun do Balanda.

Sumandak mitimpan
Mongimot tongo titik
Ogumu ot gipan
Sid bawang do Tandek.

Madsaping buruntik
Sumulok bawang Tandek
Korikot sid tongkungon
Lumombus sid Tingkalanon

Suai poring diti
Ogumu ot rugi
Sumuni  sid Tingkalanon
Raitan dot tongkungon

Koruk om turongou
Sada kobilangan
Tokou amu osongou
Osulimod mituturan.

Sada om gipan
Narawit do tapon
Yoku ot tinimpan
E aki tinumobon.

Alanji rombituon
Sumilau sid kosilaan
Wulan sid kotonobon
Notirung do tawan.

Ogayo  ilo toburili
Tiyan yo sondopo
Orolong no dati
Modop takou po.

HANAFIAH MZ
TANDEK

Tuesday, January 11, 2011

PANTUN KIMARAGANG




PANTUN KIMARAGANG

Tanak wagu mongoi sid Bandau
Aso korita sumako karabau
Bansa kimaragang mimang osuau
Obagos karaja tikid tadau.

Minsasarap montod sid walai
Majang modsu liwotung aralom
Mongoi botung mananom parai
Parai tadong aitom-itom.

Manuk tandaa mongungkarab,
Manuk momut sid tinungusan
Osulimod mamanau rumosi kaarab
Osulimod boros ong mituturan.

Kodori walai anaru
Raitan ‘binatang’ ka dituturan
Tadau biano amu misompuru
Aikidan walai mogiim koposian.

Mangatag kombos suwang runggou
Waig oniting kadang olobou
Aki Tumunda komolaingan tokou
Kusai abasag om osiou.

Kampung Longob agayo botung
Mangatap wagas mamakai saab
Mato waig raitan “Tumanggung”
Amu narasak tiya tandab.

Tulun Mosolog montod sid Longob
Momuka tanah mogiim koposian
Kodori tadau kaapat  talob
Waro sikul pongonuan palajaran.

Waro kinomol omis
Ogumu ainum abagos mamangkis
Ngaran gulu Kampung Togomongis
Kampung Salimandut e nitulis.

Ogumu bogil om ponopok
Aspou darun sid sarayo
Bawang Burung nowokok
Sinumurung liyud tagayo.

Tiya rondom amu kobulun
Ogumu rogon om monsimong
Watang om butak norulun
Akapal loot notongkop kampung

Dayang Cahaya montod Marudu
Sawo Syarif raitan Osman
Nakala miparang turus minogidu
Kampung Botition ralan winayaan.

Tanak tongondu amu kobulun
Kalabangan mimang korosian
Kampung Morion ogumu tulun
Noponu padang aso no pibulaan.

Sid Tandek mongoi sumikul
Kabangkalan butak aralom
Tulun Morion amu oobul
Agayo botung parai tinanom.

Kampung diti raitan Tingkalanon
Ngaran kodori raitan Lopungon
Sid sawa raitan Tongkungon
Agayo botung amu vitilon.

Tiya Jipun momorinta
Mamatai tulun miumpapata
Ogumu mogidu sid Somporita
Aso takanon aso rinapa.

Manangkus mingkokolibut
Masandang dot nombubut
Aso takanon aso kumut
Sansabon dopo tongo gamut.

Tadau-adau mitatabang
Kulit kayu pinakang
Winaal kusai oligkang
Panangkub dot borilang.

Omis tompipiris
Sid tuntu dot monggis
Korikot ot Boritis
Kiowit kumut olumis.

Tanak wagu om sumandak
Mongigol om mangandak
Kada moginum adadarak
Awuk mimang kosumpak.

HANAFIAH MZ
TANDEK.
















Monday, January 10, 2011

GURINDAM ANAK KERBAU


GURINDAM  ANAK KERBAU

Anak kerbau baru lahir
Belum menyusu lidah terjelir.

Anak kerbau berlari-lari
Mengejar indung kasih dicari.

Anak kerbau mati emak
Ke sana-sini ia menguak.

Anak kerbau dalam pagar
Walau terkurung hidupnya segar.

Anak kerbau berkejar-kejar
Mencari makan di padang datar.

Anak kerbau tanduk sejengkal
Menyondol pokok hingga ke pangkal.

Anak kerbau bulunya lebat
Tempat berumah langau dan lalat.

Anak kerbau gemar berlari
Rahang atas tiada gigi.

Anak kerbau mandi lumpur
Dalam kubang ia berhibur.

Anak kerbau tanduknya mekar
Suka bertempur sehingga lapar.

Anak kerbau lapang bahagia
Sawah padi telah dilupa.

Anak kerbau tiada lelah
Tidak perlu membajak sawah.

Anak kerbau riang gembira
Sawah dibajak mesin dan jentera.

Anak kerbau leka berhibur
Di padang ragut rumputnya subur.


HANAFIAH MZ
KOTA MARUDU.

Friday, January 7, 2011

Kisah tentang HITACHI




TAJUK : HITACHI


Tidak semena-mena seorang lelaki pertengahan umur meluru ke muka. Dia berdiri betul-betul di hadapan Guru Besar dengan muka masam mencuka dan nafas termengah-mengah.

            “ Cikgu tidak adil……, cikgu betul-betul tidak adil….!” Lelaki itu berteriak sambil menuding jarinya ke muka Guru Besar.

            “ Anak orang lain dapat. Anak saya kenapa tidak dapat. Mereka miskin, saya juga miskin”. Lelaki itu masih berteriak meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

            “ Tak dapat apa abang…, cuba jelaskan pada saya…” Suara Guru Besar tenang meminta penjelasan lelaki itu.

            “ Ah…..cikgu pura-pura tidak tahu. Sengaja buat tidak tahu. Mentang-mentanglah saya orang miskin, bodoh….cikgu perbodohkan saya lagi. Anak orang lain dapat HITACHI, kenapa anak saya tak dapat” . Dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

            Mendengar jawapan lelaki separuh umur itu, ibu bapa lain yang turut hadir dalam majlis berpandang-pandangan. Ada yang tersenyum-senyum kecil berbisik sesama sendiri. Ada yang ketawa kecil.

             “ Kalau HITACHI memang saya tak mampu bagi pada abang. Sebab mahal harganya. Cuba abang tengok Hitachi di luar sana, mahal tu”, kata Guru Besar sambil melemparkan pandangannya ke tepi jalanraya. Sebuah jengkaut sedang giat mengorek tanah  di tepi padang sekolah.

“ Tapi kalau E Kasih , sekejap lagi saya bagi. Saya pasti anak abang layak dapat E kasih”. Tambah Guru Besar dengan yakin.

Serta-merta ketawa ibu bapa yang sama-sama hadir dalam majlis penyerahan bantuan E kasih pecah berderai. Lelaki separuh umur tersipu-sipu malu lalu tersenyum kambing sedar akan kesalahannya sendiri.

Dipendekkan cerita bantuan E kasih turut diterima oleh anak lelaki berkenaan. Namun apa yang menyedihkan kononnya wang bantuan tersebut bukannya digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak berkenaan tetapi habis untuk tujuan-tujuan yang lain.

Thursday, January 6, 2011

Kampung Ku


Kampung ku
(New Sabah Times,04/01/2011)

Rindu ku kian merintih
wajah mu di ufuk hati
hijau mu mengungkap kasih
wangi mu membelai seri.

Di sini tempat ku bertatih
di sini tempat ku berdiri
di sini tempat ku berlari
di sini tempat ku berkubang 
di sini aku mula membilang
di sini aku mula bersembang
di sini aku mula berjuang

Kampung ku hutan terbilang
sawah hijau terbentang
padi saujana pandang
di sini rindu ku bergenang
di sini rindu ku berlinang.

Kampung ku tak pernah hilang
Kampung ku tetap ku kenang
Kampung ku tetap ku pandang
Kampung ku , ku peluk sayang. 

Hanafiah MZ
Kg. Tingkalanon-Kg.Longob,
Kota Marudu.

Wednesday, January 5, 2011

BILA HUJAN MULA TURUN..!

Bila hujan sudah turun, macam-macam ragam orang tidak kira di mana sahaja berada. Namun sedar atau tidak banyak tandatanya menjadi igauan masyarakat apabila keadaan itu berlaku. Contohnya, banjir. Banjir kerap-kali berlaku apabila hujan turun, ada yang bingung, panik dan buat selamba sahaja bila keadaan itu berlaku. Justeru, apa yang patut dibuat bila keadaan ini berlaku? Fikirkan dan renung-renungkanlah sebagai pembuka kata awal tahun 2011.

Tuesday, January 4, 2011

ILA BERAKHIR?...

"SANDI KALAU TERUS BEGINI!..."


Jika memandu di sekitar Kota Marudu khususnya Jalan Tandek-Pitas, waspadalah kerana ada banyak jalan rosak di sepanjang perjalanan. Hal ini sudah lama berlarutan. Ramai mengadu mengalami kerosakan kereta dan sebagainya. Bilakah berakhir rentetan pahit ini? Siapa mahu jawab atau bertanggungjawab?

4WD - KEBANGGAAN MARUDU

"Ikuti perkembangan 4WD melaui facebook - Berani Kalah"


Walaupun pasukan ini baru berusia setahun jagung tetapi telah berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan bertaraf negeri. Sejak kebelakangan ini prestasi pasukan ini semakin baik dengan kemasukan ahli-ahli baru yang meyakini kemampuan pasukan 4WD boleh pergi lebih jauh.

GURU SANDARAN MINTA IKHSAN

"Jasa Guru Sandaran Amat Besar Di Sabah Khususnya dalam mendidik anak bangsa..."


KOTA MARUDU, SABAH: SAM telah dihubungi oleh wakil guru-guru sandaran yang bertugas di daerah Kota Marudu agar nasib mereka diketengahkan. "Harap kami dilanjutkan perkhidmatan atau diserap melalui kursus perguruan. Kami punya ijazah yang sesuai dan pengalaman mengajar", kata jurucakap itu. Diharap paparan ringkas ini mampu mengundang sedikit rasa simpati dan tindakan sewajarnya daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Monday, January 3, 2011

GURINDAM BUAT GURU


GURINDAM BUAT GURU

Guru umpama sumur ilmu
Pada mereka kita berguru.

Guru pemberi sinar cahaya
Hidup yang lesu pasti ceria.

Guru meredah hutan belantara
Sampaikan ilmu di mana-mana.

Hormati guru setiap masa
Mereka banyak memberi jasa.

Dengar bersungguh nasihat guru
Kata mereka umpama lampu.

Guru marah bukannya apa
Supaya murid tidak alpa.

Guru merotan di tapak tangan
Supaya murid jadi budiman.

Guru mengajar murid mendengar
Supaya ilmu tidak tersasar.

Hormatlah guru setiap waktu
Tanpa guru kita kematu.

Guru penjana budaya ilmu
Rakyat berilmu negara maju.


HANAFIAH MZ


Sunday, January 2, 2011

SMK TANDEK PERLU ASRAMA KABIN, SEGERA!

SMK TANDEK, KOTA MARUDU, SABAH: Sessi persekolahan bermula esok. Pendaftaran ke Tingkatan Satu telah Selesai. Apa yang menyedihkan, seramai lebih 50 orang pelajar Tingkatan 1 dari kawasan pedalaman gagal mendapat tempat di asrama kerana asrama telah penuh. Ini bermakna kumpulan pelajar ini pasti akan terjejas persekolahan kerana tidak mempunyai tempat tinggal. Pihak sekolah ini telah dijanjikan kemudahan asrama kabin sejak tahun lepas tetapi hingga kini belum menjadi kenyataan. Kami kasihan kepada para pelajar tersebut dan berharap masalah ini segera diselesaikan. Demikian keluhan yang diberikan oleh salah seorang Kakitangan sekolah ini.

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

"2011 MENJANA KEINSAFAN"


Seluruh warga SAM mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga pembaca SAM di mana jua semoga 2011 membawa lebih kesejahteraan kepada negara dan warganya. " Tingkatkan usaha kurangkan selisih faham, banyakkan muhasabah, kurangkan dendam mendendam".