SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, January 3, 2011

GURINDAM BUAT GURU


GURINDAM BUAT GURU

Guru umpama sumur ilmu
Pada mereka kita berguru.

Guru pemberi sinar cahaya
Hidup yang lesu pasti ceria.

Guru meredah hutan belantara
Sampaikan ilmu di mana-mana.

Hormati guru setiap masa
Mereka banyak memberi jasa.

Dengar bersungguh nasihat guru
Kata mereka umpama lampu.

Guru marah bukannya apa
Supaya murid tidak alpa.

Guru merotan di tapak tangan
Supaya murid jadi budiman.

Guru mengajar murid mendengar
Supaya ilmu tidak tersasar.

Hormatlah guru setiap waktu
Tanpa guru kita kematu.

Guru penjana budaya ilmu
Rakyat berilmu negara maju.


HANAFIAH MZ


No comments: