SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 13, 2011

BUKAN ITU


BUKAN ITU
(New Sabah Times,01.02.2011)

Tanpa segan dan malu
mereka rakus memburu
kepercayaan dan kesetiaan
dijadikan sasaran
peluru dihambur
habis-habisan
hingga kering lautan
kontang daratan

Di medan pertempuran
kesopanan keciciran
kesusilaan dipinggiran
tidak sedikitpun  dicanangkan
keharmonian
melainkan demonstrasi jalanan
caci maki bertaburan
subur mekar bergelandangan
hingga rakyat bertempiaran
sukar membuat pilihan
siapa berhak dimuliakan
sebagai nakhoda kehidupan.

Bukan itu yang kita mahu
tika mengikat janji dahulu
kita ingin, janji yang terakru
dipasang sumbu,
supaya nyalanya membiru
menerangi hampar harapan
yang memuliakan
sesama insan.

HANAFIAH MZ
TUARAN

2 comments:

cikgu said...

Salam sejahtera semua,
Saya sekeluarga akan balik ke Kota Marudu untuk beberapa hari mulai 23 hingga 28 Februari 2011. Saya harap dapat berjumpa dengan seberapa ramai mungkin bekas murid saya di SMK Kota Marudu antara tahun 1976-1980. Saya juga berharap dapat berjumpa kawan-kawan lama disamping bloggers dari Kota Marudu untuk berkenal-kenal dan bertukar pengalaman.
www.xperienceoflife.blogspot.com
www.catitanalamaya.blogspot.com
www.mykembara.blogspot.com

HANAFIAH HJ ZULKIFLY said...

Salam sejahtera, harap dapat berjumpa cikgu pada hujung minggu ini di Kota Marudu