SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, March 13, 2011

Suara dari Pusat Pemindahan SK RANAU, Kota Marudu.

Info dari Pusat Pemindahan SK Ranau 12/03/2011 ~ Pusat pemindahan banjir SK Ranau dibuka pada waktu petang ketika air naik. dan setelah penduduk dipindahkan ke pusat ini, bantuan bekalan lambat tiba, menyebabkan ramai orang kelaparan. Salah satu kes yang berlaku semalam dimana, ada ahli keluarga dari JKKK Kg. Kandawayon Laut, mengambil kesempatan menjual kuih, yang mana harganya amat luar biasa. Pihak yang sama juga turut cuba menjual selimut, yang mana selimut yang dijual adalah yang hampir sama dengan bantuan sebelum ini yang diberikan secara percuma! Dan tidak dijangka juga, bahawa orang yang sama turut berbaris untuk mendapatkan bantuan selimut ketika bantuan dari kerajaan sampai di pusat. Makanan & minuman sampai di pusat dalam jam 1 pagi. 13/03/2011 - Bantuan makanan & minuman sebelah pagi agak lambat, dan telah sampai pada lebih kurang jam 12 tadi. Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ini melalui Jabatan Kebajikan amat diperlukan bagi mangsa-mangsa banjir yang kebanyakannya dari keluarga miskin. Terima Kasih dari penduduk yang dipindahkan kepada Puan D.O Kota Marudu, yang sangat prihatin dengan nasib penduduk yang dilanda banjir.

1 comment:

Anonymous said...

berhati-hati mengeluarkan kenyataan tuan!! adakah kamu mempunyai bukti yang kukuh tentang kenyataan kamu di atas? mengatakan bahawa ahli keluarga JKKK kandawayon laut mengambil kesempatan menjual barangan keperluan semasa banjir, sedarkah kamu kenyataan di atas mengaibkan kami sebagai ahli keluarga si JKKK Kandawayon Laut!! jangan kerana ingin menaikkan nama blog serta mendapat publisiti murahan kamu mengaibkan seseorang..ingat tuan menyebarkan fitnah itu hukumannya amat berat di akhirat kelak..!! pihak JKKK kandawayon laut hanya membantu meminjamkan barangan keperluan seperti selimut itu kepada beberapa mangsa banjir bukannya menjualkan kepada mereka dan mengambil kesempatan dalam kesempitan Puan D.O kita pada masa itu telah meminta maaaf secara terbuka kepada si JKKK kandawayon laut kerana salah faham yang berlaku..saya mohon agar tuan menarik balik kenyatann di atas..!!!